Sekiranya anda seperti kebiasaan orang yang percaya bahawa jika terkena denggi buat pertama kali, anda akan imun seumur hidup. Tetapi denggi mempunyai 4 jenis virus yang anda boleh jangkiti. Dan jika anda berkemungkinan untuk dijangkiti untuk kali kedua dengan virus denggi yang berbeza, anda berisiko untuk mendapat demam denggi yang lebih teruk. Ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman, kehilangan tekanan darah, kerosakan jantung, paru-paru dan hati, malah boleh menyebabkan kematian.
Mencegah adalah kaedah yang terbaik untuk melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk. Infografik kami di bawah menunjukkan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan keluarga anda selamat.